Jumat, 15 September 2017

(VIDEO) Bapa Tergamak Jual Anak Perempuan Berusia 7 Hari Kepada Sindiket Pemerdagangan Manusia Secara 'Online'..


Demi wang, seorang lelaki sanggup menjual anak perempuannya yang berusia tujuh hari kepada sindiket pemerdagangan manusia, walaupun ketika itu anaknya masih berada di hospital bersalin di China.

Lelaki itu juga telah mencari pembeli menerusi internet, sebelum anaknya dilahirkan lagi.

Lebih malang, kakitangan di hospital berkenaan turut membantunya dengan menyediakan sijil beranak palsu.

Kejadian itu telah dirakamkan menerusi kamera CCTV di hospital tersebut. Menurut polis, sindiket berkenaan telah mengarahkan lelaki itu membawa isterinya ke hospital yang ditetapkan untuk melahirkan anak mereka.

Di hospital itu, sindiket itu mendapat kerjasama kakitangan hospital dan selepas bayi dilahirkan, urus niaga itu telah dijalankan.

Sindiket tersebut diwakili oleh dua lelaki dikenali sebagai Li dan Song, yang akan ke hospital itu bagi mengambil bayi terbabit.

Namun mereka tidak bernasib baik apabila polis dapat menghidu kegiatan itu lebih awal dan penjenayah terbabit telah ditahan.

Polis juga menyelamatkan lima bayi yang telah dibeli oleh sindiket tersebut.


Sumber: Mynewshub.cc

"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini


Dalam pada semua rakyat Malaysia sedang bersedih dan sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat semalam, terdapat pula mereka yang sanggup melempiaskan kata-kata biadap.

Mungkin bertujuan untuk memberi nasihat namun penggunaan bahasa yang digunakan dilihat seolah-olah tidak cuba memahami perasaan dan menghormati keluarga mangsa. 

Seorang pemuda yang menulis status di laman sosial telah menarik perhatian ramai netizen. Ini kerana dia dengan berani dan lantang sekali menyamakan mangsa kebakaran sebagai ayam dalam reban. 


�Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,� katanya. 

Tidak cukup mengutuk pengurusan sekolah terbabit, pemuda ini turut mengkritik ibu bapa pelajar tersebut. 

�Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau �Oh! Anak ku ahli syurga,� katanya lagi.

Dia juga menyifatkan tragedi ngeri itu sebagai satu pengajaran kepada semua pihak. "Sekolah tahfiz membunuh,"tulisnya. 

Netizen lain tidak bersetuju dan membidas apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.

"Biadapnya bahasa kau dik. Kalau betul pun nak nasihat, gunalah bahasa yang elok-elok".


Pun begitu, terdapat juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemuda ini. Biasalah, semua orang mempunyai pendapat masing-masing.


Sejak semalam, berita susulan tentang kebakaran yang meragut nyawa seramai 21 pelajar dan dua guru itu sentiasa dinanti-nantikan seluruh masyarakat. Malah teka-teki punca kebakaran juga ditunggu semua pihak. 

Sumber: CARI 

'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan


Kuala Lumpur, 15 Sep - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan dalam kes kebakaran di asrama pusat tahfiz berkenaan baru-baru ini.

Sumber Harian Metro berkata, remaja terbabit dibawa ke lokasi kejadian semalam bagi proses mengumpul bukti.

Kata portal itu juga, remaja yang berjaket hitam itu dibawa dalam keadaan tidak bergari sebaliknya diiringi oleh dua pegawai polis yang dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.

Difahamkan, terdapat kesan potongan dan reggangan di pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat.

Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

"Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya.

Sebelum ini, rakaman CCTV menjadi tumpuan siasatan apabila mendapat ada kelibat lelaki yang menceroboh masuk.

Sumber: Harian Metro via Siakapkeli

Halimah Yacob, Presiden Singapura Mahu Terus Tinggal Di Rumah Flat Walaupun Sudah Bergelar Presiden


SINGAPURA: Halimah Yacob merupakan presiden wanita yang pertama di Singapura dan beragama Islam. Walaupun telah menjadi presiden Singapura, beliau tetap akan tinggal di rumah flatnya semasa tempoh pemerintahannya. Atas hal demikian, beliau menjadi presiden pertama yang tinggal di flat lembaga perumahan.

Kenyataan bahawa dia tidak merancang untuk berpindah daripada rumah flat yang merupakan rumah keluarganya itu dijelaskan melalui temuramah pemberita sejurus selepas pengesahan kemenangan dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

"Saya masih tinggal di Yishun," kata Cik Halimah Yacob, 63, apabila ditanya di mana dia akan tinggal selepas menjadi presiden.


"Ia adalah, tempat yang sangat bagus selesa dan saya telah tinggal di sana selama bertahun-tahun," katanya.

Menurut suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, 63, tidak ada keperluan untuk mereka berpindah kerana rumah mereka sebesar �Penthouse�.

Presiden baharu Singapura ini mempunyai dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan yang berumur diantara 26 dan 35 tahun.

Rumah flat yang diduduki oleh beliau selama lebih 30 tahun itu mempunyai empat bilik dan lima bilik rata.

Setelah disoal tentang keselamatan beliau, Puan Halimah hanya menjawab: "Saya akan serahkan kepada jabatan keselamatan saya fikir mereka tahu bagaimana untuk menjamin kawasan itu.."


Sebagai seorang ahli parlimen, sebermulanya dia bertanding dalam pilihan raya presiden dikhaskan untuk calon melayu, beliau sudahpun dikawal dengan beberapa peraturan keselamatan.

Beliau juga menjelaskan bahawa dengan tinggal di flat tersebut, kesihatannya sentiasa terjaga kerana dia akan sentiasa cuba untuk menaiki dan menuruni tangga berbanding menggunakan lif, jawab beliau apabila ditanya tentang status kesihatannya.

"Status kesihatan saya adalah sangat baik setiap pagi saya bersenam sekurang-kurangnya 45 minit.." ujarnya.

Beliau menambah bahawa beliau percaya dia akan mendapatkan latihan yang mencukupi di perkarangan Istana, di mana dia akan bekerja sebagai presiden.

"Saya fikir kawasan istana adalah sangat besar, jadi ia memberikan saya peluang untuk mengelilingi kawansan tersebut sekaligus mengekalkan kesihatan badan saya," katanya.

Puan Halimah akan mengangkat sumpah sebagai presiden kelapan Singapura dan presiden Melayu yang pertama sepanjang 47 tahun pada hari Khamis (14 Sept).

Sumber: Siakapkeli

Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz


Wow, beruntungnya bapa kepada penyanyi Elly Mazlein! Khabarnya Elly membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 untuk bapanya itu!

Harian Metro melaporkan hadiah tersebut diberikan oleh Elly selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober nanti. 

"Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," ujarnya. 

Katanya lagi, hadiah ini bukanlah bersempena hari jadi sebaliknya ia merupakan satu kejutan.


"Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.

"Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian," katanya lagi. 

Sumber: CARI 

'Tahniah Datin Sebab Dah Berjaya Hancurkan Pernikahan Ini' - Dicerai Dengan Talak 3 Dek Hasutan Ibu Mertua


Tergamak seorang ibu mertua memfitnah menantunya kononnya wanita itu telah menyihir anak lelakinya. Lebih teruk lagi, si ibu mertua sanggup mendoakan menantunya itu keguguran. 

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan ibu mertuanya mahu meruntuhkan rumahtangganya sehingga sanggup melemparkan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal. Bertambah malang apabila si suami termakan hasutan si ibu lalu menyebabkan pasangan itu bercerai dengan talak tiga. 


AND TODAY, I'm wearing our 'jubah nikah' to hear the result. Thank you for all 3 talaq you gave me. Allah knows best. I've nothing to say to you. Wish you all the best. Semoga berbahagialah ya. 

For my lovely mother-in-law, congratulations Datin for made us into this situation. Malam ini dah boleh buat parti dan sujud syukur ya sebab dah berjaya menghancurkan semua. Dulu Datin pernah kata yang anak Datin takkan bahagia kalau teruskan perkahwinan ini dengan saya. Ya, betul itu. Saya setuju sebab takkan ada orang pun yang bahagia kalau ada 'ibu mertua' seperti Datin ini. 

Tahniah sebab sudah berjaya meruntuhkan pernikahan ini sebanyak dua kali berturut-turut dan mendoakan Ali gugur sejak dari dalam perut. Alhamdulillah Ali sudah berusia 8 bulan. Tahniah sebab Datin, saya terpaksa tinggal seorang diri di rumah sewa sepanjang saya mengandung. Tahniah sebab Datin, saya kena beranak seorang diri tanpa suami di sisi. Tahniah sebab Datin, anak saya tak diazankan oleh bapa dia dan tidak pernah berjumpa langsung mahupun kenal bapa dia hanya selepas dia berumur 8 bulan iaitu dua minggu yang lalu. Itupun sebab kena datang mahkamah. Thank you so much!

Untuk setiap tuduhan Datin, yang kononnya saya menggunakan Ali untuk meminta macam-macam pada anak Datin, saya redha. Dan untuk setiap harta yang Datin fitnahkan saya untuk mengambilnya, jika betul saya tak pernah ada niat. Saya doakan segala harta itu ditarik semuanya dari Datin. Dan saya tidak redha langsung Datin mendoakan keburukan untuk anak saya. 





Lagi satu, kirim salam pada ustaz-ustaz yang Datin gunakan untuk memberitahu yang saya ini ada sihir anak Datin sampai meroyan ingat saya. Mungkin saya guna bomoh Russia kot? (kehkehkeh)Kasihan anak Datin sebab kena ugut jadi anak derhaka kalau tak dengar cakap Datin. Tak bau syurga katanya kalau ibu bapa tak redha. 

Saya takkan lupa semua moment saya dihalau di depan pagar rumah Datin dan masa kita bergelut seperti madu berebutkan suami, masa Sayf Ali berusia 7 bulan dalam perut saya. 

Sekarang Datin dah boleh tidur lena sebab saya dan anak DAtin sudah tidak boleh bersama lagi. Cuma satu saya boleh kata, saya tak maafkan atas apa yang Datin buat pada saya dan anak saya. DAn saya doakan Datin panjang umur, tak tercabut nyawa dari badan selagi Datin tidak minta maaf pada Sayf Ali. Wish you all the best with your family. 

Ikutkan hati, saya memang nak tayang muka Datin tapi tak apalah, buat semak Facebook saya saja. Baik saya letak gambar produk ke, laku juga orang nak beli. 


For my lovely Sayf Ali, anything yang terjadi between bunda dan babah, tiada kena mengena dengan Ali. He will always be your only babah in this world. No one can take his place. I will only show you the best and good side about him. Please love and respect him just like you love and respect me. 

And it's okay if your Tok Abah and Tok Mak tak pernah mengaku Ali sebagai cucu sebab seberapa benci sekalipun, diorang tak boleh menafikan yang darah babah juga mengalir dalam badan Ali. Plus, Ali ada Wan dengan Atok, kan? Ramai lagi yang sayang Ali. Sorry baby, sebab terpaksa hadap benda ini sejak dari dalam perut lagi. You're very strong enough. You're fighter to me. Moga Sayf menjadi anak yang soleh, yang membuka laluan syurga buat bunda dan babah. 



Dear Self, whatever it is, Allah with you. Dia Maha Tahu apa yang kau tak tahu. Dia Maha Penyayang dan Maha bijaksana dan mengertilah untuk semua ujian yang kau dapat, itu tanda CintaNya pada kau sebagai hamba dan sebagai penghapus dosa lalu. 

May Allah ease me and my baby. Aamiin. 

Thank you semua yang mendoakan kami selama ini. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas semua. 

Sumber: Noor Nabilla Fattin via The Reporter

Kemungkinan Angkara Khianat! (CCTV) Dedahkan Lelaki Panjat Pagar Sebelum Kebakaran Sekolah Tahfiz -PPIM


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

�Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.

�Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

�Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,� katanya dalam sidang media sebentar tadi.


Sumber: BH Online